SELAMAT DATANG KE SMK DATO' MOHD YUNOS SULAIMAN
SEJARAH
Penubuhan bertitik tolak daripada desakan penduduk sekitar Pekan Nanas yang berpendapat sekolah sedia ada terlalu padat bagi menampung para pelajar yang semakin bertambah. Tarikh penubuhan 1 Januari 1984 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Pekan Nanas. Pengetua pertama iaitu Encik Zakaria bin Atan.
Pada oktober 1985, sekolah mencipta sejarah apabila 93 orang pelajar menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan pada November 1994, 91 orang pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pada tahin 1991 , Encik Zakaria menamatkan perkhidmatan sebagai pengetua dan di ganti dengan Tuan Haji Sufaat bin Tumin. Beliau mencadangkan menukarkan nama sekolah kepada SMK DATO' MOHD YUNOS SULAIMAN sempena nama Allayarham Dato' Mohd Yunos Sulaiman yang banyak sumbangan baktinya terhadap rakyat Johor . Pada tahun 1995 , Sekolah Menengah Rendah Pekan Nanas dengan rasminya ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Yunos Sulaiman.
Pada tahun 1998 , sekolah mendapat pengetua baru iaitu Cik Lim Jit Eng. Alami peningkatan dalam pelbagai aspek termasuk penambahan pelajar dan kelas. Selain itu, sekolah mendapt sebuah dewan besar, asrama harian, rumah guru dan lain-lain prasarama moden untuk kemudahan pelajar dan penduduk.
Pada November 2004 , sekolah menerima pengetua keempat iaitu Tuan Haji Ramli bin Yusoff. Sekolah ini terus berkembang maju dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Mulai Januari 2007 sekolah menerima kehadiran pengetua baru iaitu Puan Rohayah binti Haji Bajuri. Pada tahun 2009, sekolah telah mencatat kejayaan 100% kelulusan STPM.
Tidak lupa juga kepada kejayaan sekolah yang diperoleh kejayaan dalam temasya olahraga peringkat daerah dengan mendapt johan keseluruhan pada tahun 2008.Banyak atlet berbakat telah dilahirkan di SMKDMYS. Taniah dan syabas kepada mereka yang menjadi penggerak usha mengembleng tenaga dalm menaikkan nama sekolah.
Sejarah sekolah semakin menampakkan sinar gemilangnya bertepatan dengan 25 tahun penubuhannya iaitu pada tahun 1984-2009. Sambutan 25 tahun Jubli Perak disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Semoga SMKDMYS terus unggul mempamerkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan melahirkan pelajar yang berguna.
VISI SEKOLAH
VISI SEKOLAH
Sekolah unggul penjana generasi terbilang.
MISI SEKOLAH
Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti
MATLAMAT
- Melahirkan murid yang cemerlang dalm akademik
- Melahirkan murid yang gemilang dalam kokurikulum
- Melahirkan murid yang bersahsiah mulia dan terbilang
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif
- Mewujudkan pengurusan yang cekap dan berkesan
- Membina hubungan komuniti yang mesra
OBJEKTIF SEKOLAH
- Tingkat tahap disiplin dengan penurunan kes salah laku.
- Tingkat kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan sekolah.
- Erat hubungan komuniti antara warga sekolah dengan masyarakat setempat.
DASAR KUALITI
- Komited untuk menyediakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
LENCANA SEKOLAH
LINGKARAN / TIGA BULATAN
- melambangkan sukan dan permainan sebagai aktiviti kecergasan mental dan fizikal.
WARNA HIJAU
- melambangkan pertanian dan keharmonian.
- Tingkat kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan sekolah.
- Erat hubungan komuniti antara warga sekolah dengan masyarakat setempat.
DASAR KUALITI
- Komited untuk menyediakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
LENCANA SEKOLAH
BULATAN BESAR BERWARNA KUNING
- melambangkan pembangunan sains ,teknologi dan perindustrian.
OBJEK BUKU
- menunjukkan sekolah sebagai sumber atau gedung ilmu.
LINGKARAN / TIGA BULATAN
- melambangkan sukan dan permainan sebagai aktiviti kecergasan mental dan fizikal.
WARNA HIJAU
- melambangkan pertanian dan keharmonian.


No comments:
Post a Comment